Return to Unit Kurikulum

Ketetapan Kurikulum Sekolah

 

1.   Pengenalan

Kurikulum merupakan teras utama dan nadi kepada sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan berkualiti dan mampu bersaing di persada dunia.  Kurikulum adalah “core business”’ bagi setiap guru dan  setiap murid yang belajar di SEMARAK Teluk Intan iaitu 1 Guru 1 Murid 1 Subjek 1 Kelas (1G1M1S1K). Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah ini yang telah ditentukan sebagai salah sebuah sekolah berasrama harian terkawal yang dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Dasar yang ditetapkan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan akademik sekolah ini.

 

1.   Visi Kurikulum dan Matlamat Kurikulum

 

KE ARAH P300

Pencapaian 100%  Band 4  dalam PBS, 100% PT3, 100% SPM DAN 100% STPM

Melaksanakan pembangunan modal insan yang berteraskan ilmu, iman dan amal melalui kecemerlangan akademik untuk mencapai hasrat

“SEMARAK KE ARAH KLUSTER KECEMERLANGAN’

                   DAN

 ‘SEMARAK Excellent Top 4’

 

2.   Objektif

 

  1. Meningkatkan peratus murid yang lulus cemerlang.
  2. Mengurangkan peratus murid yang gagal kepada sifar.
  3. Membudayakan headcount dan postmortem yang berkesan.
  4. Memantapkan pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti dan berkesan dengan mengaplikasikan i-THINK dan KBAT.
  5. Mencapai sasaran 60:40 nisbah penyertaan murid ke aliran Sains dan Teknologi berbanding aliran Kemanusiaan menjelang tahun 2016.
  6. Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris dalam PdP (MBMMBI).
  7. Meningkatkan penguasaan dan penggunaan TMK dan SPS dalam PdP selaras dengan taraf sekolah sebagai Sekolah Bestari dan ”Champion School ”.
  8. Meningkatkan ketrampilan murid.
  9. 50% lulusan SPM dan STPM dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA.
  10. Pemantauan dan penyeliaan bersepadu dan berfokus dalam semua Program Peningkatan Akademik, Program Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) dan Sense of Urgency (SOU).
  11. Meningkatkan penguasaan ilmu dengan mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.
  12. Memastikan waktu instruksional murid dilindungi bagi memastikan hasil yang maksimum.
  13. Memastikan PBS dapat dijalankan 100% sebagai memenuhi Dasar baru KPM.
  14. Menjadikan sekolah ini sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Menjelang Tahun 2016.

 

3.   Ketetapan Kurikulum

 

  1. Ketetapan Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
  2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
  3. Semua dasar dan SPI serta Surat Edaran yang dikeluarkan oleh pihak PPD, JPN dan KPM akan diterima pakai dan dilaksanakan seperti yang diarahkan tanpa rasa prejudis.
  4. Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa.
  5. Pemilihan bahasa untuk MBMMBI adalah bersifat dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sehingga 2016.

 

  1. Program akademik akan diberikan keutamaan jika berlaku pertembungan dengan program lain.
  2. Pihak sekolah akan berusaha sedaya upaya untuk Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) bagi menjadi pegangan warga SEMARAK.
  3. Sekolah ini adalah Sekolah Bestari dan Champion School di peringkat Kebangsaan maka pengurusan kurikulum diuruskan dengan menggunakan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) seperti yang dikehendaki oleh pihak Kementerian.
  4. Pihak Sekolah berazam untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dari Tahun 2013 – 2025 sebagai membuktikan pihak sekolah peka dengan perubahan dan pembaharuan yang dibawakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memacu Negara Malaysia ke arah negara maju.
  5. Melindungi Waktu Instruksional Murid menjadi satu agenda penting yang tidak boleh dikompromi demi memastikan hak-hak murid terpelihara. Oleh itu guru-guru mesti memastikan waktu PdP dipenuhi mengikut Akta Pendidikan 1996(5) dan dijaga sebaik mungkin.
  6. Semua pelajar mesti diberi layanan sama adil dan berhak untuk menerima peluang pendidikan dalam konteks demokrasi.

 

 

4.   Jawatankuasa Pemantauan

Jawatankuasa Tetap Pemantauan Akademik:

  1. Pengetua
  2. Penolong Kanan Pentadbiran
  3. Penolong Kanan Tingkatan 6
  4. Penolong Kanan HEM
  5. Penolong Kanan Kokurikulum
  6. Penolong Kanan Petang
  7. Guru-guru Kanan Bidang
  8. Guru Cemerlang
  9. Ketua Panitia

 

5.   Mesyuarat

 

  1. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKKS) akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut standard piawaian jabatan (menyediakan minit mesyuarat dan maklumbalas).
  2. Mesyuarat JKKS mesti dipengerusikan oleh Pengetua dan tidak boleh diwakilkan.
  3. Mesyuarat JKKS kali Pertama mesti dihadiri oleh semua guru tanpa terkecuali.
  4. Isi kandungan mesyuarat mengikut mengikut garis panduan dan agenda yang diberikan.
  5. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada guru 1 minggu sebelum tarikh mesyuarat.
  6. Mesyuarat Panitia akan diadakan minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat mestilah disediakan selepas 5 hari
  7. Setiap guru dimestikan membuat pelaporan pencapaian akademik para pelajarnya dalam Mesyuarat JKKS dan Mesyuarat Panitia mata pelajaran masing-masing berdasarkan
  8. Fungsi JKKS akan sentiasa diperkasakan dari semasa ke semasa bagi memastikan peranannya selaras dengan Transformasi Pendidikan Negara pada masa kini.
  9. Semua guru yang menganggotai JKKS mesti menghadiri mesyuarat ini kecuali mendapat kebenaran pentadbir terlebih dahulu.
  10. Dialog Prestasi Guru dan Pelajar akan dijalankan bersama dengan Pengetua sama ada sebelum atau selepas peperiksaan atau penilaian.

 

6.   Sistem Fail

 

  1. Fail Jawatankuasa Kurikulum Sekolah diurus dan disimpan oleh Setiausaha.
  2. Semua fail panitia diletakkan di Bilik Gerakan di bawah selian Guru Kanan Bidang dan Setiausaha Kurikulum.
  3. Jumlah semua fail bagi setiap Panitia ialah 21 buah yang menggunakan fail putih (kertas).
  4. Sistem pemfailan mestilah berdasarkan kehendak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.
  5. Semua dokumen di dalam fail perlulah dikemaskini dari masa ke semasa oleh SU Panitia dan Ketua Panitia.
  6. Semua Fail JKKS tidak dibenarkan dibawa keluar dari tempat yang telah ditetapkan kecuali mendapat kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan terlebih dahulu bagi menjaga keselamatannya.