Dec 19

Taklimat Pengesahan Pendaftaran Murid Tingkatan 1/2017

Taklimat ini telah diadakan pada 12 November 2016 (Sabtu) yang melibatkan semua murid tingkatan 1 yang akan mendaftar pada tahun 2017 di SMK Seri Perak, Teluk Intan. Alhamdulillah taklimat ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Antara sekolah-sekolah yang terlibat ialah SK Kampung Bahagia, SK Changkat Jong, SK Sg. Kerawai, SK Perwira dan sebagainya. Semoga persediaan awal ini akan membantu ibu bapa murid untuk menyediakan keperluan anak-anak mereka dan sedikit pengetahuan mengenai sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua AJK Program yang bekerjasama dalam memastikan kelancaran program ini.