Category: Uncategorized

Aug 08

Majlis Makan Malam Persaraan Tn, Hj. Masri b, Suwarto

Majlis Makan Malam Persaraan Tn, Hj. Masri b, Suwarto telah dijalankan pada sebelah Malam 2 Ogos 2016 bertempat di Hotel Angsoka.  Alhamdulillah majlis dimeriahkan dengan kehadiran ramai kakitangan dan guru-guru SEMARAK bagi meraikan tuan pengetua.

Aug 08

Majlis Persaraan Tuan Pengetua Hj. Masri bin Suwarto

Majlis Persaraan Tuan Pengetua Hj. Masri bin Suwarto telah dijalankan pada 1 Ogos 2016 (Selasa).   Selamat bersara daripada semua warga SEMARAK, jasamu sentiasa kami kenang.  Terima kasih tuan pengetua.  

Jul 25

Tahniah pasukan kriket

Tahniah pasukan kriket Hilir Perak kerana berjaya mendapat Naib Johan Pertandingan Kriket Peringkat Negeri yang berlangsung pada 25 Julai 2016.  Tahniah diucapkan kepada wakil-wakil SEMARAK.

Jul 15

Majlis Persaraan Pn. Hjh Sharifah Azizah bt. Borham

Majlis Persaraan Pn. Hjh Sharifah Azizah bt. Borham telah diadakan pada 15 Julai 2015 (Jumaat) bertempat di Dewan Besar SEMARAK.  Selamat Bersara kami ucapkan kepada beliau yang telah mengajar selama 33 tahun di SMK Seri Perak dari mula posting (1983) sehingga kini Julai 2016.  Terima kasih cikgu.  

Jul 15

RIMUP Perdana 2016 (Rumah Terbuka Aidilfitri, Karnival Makanan Tradisional & Pelancaran Bulan Bahasa)

RIMUP Perdana 2016 yang merangkumi Rumah Terbuka Aidilfitri, Karnival Makanan Tradisional & Pelancaran Bulan Bahasa SEMARAK telah diadakan pada 13 Julai 2016 (Rabu).  Pelbagai acara dan persembahan menarik turut dipersembahkan sepanjang program dijalankan.  

Jul 01

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SESI PAGI dan PENUTUP IHYA RAMADAN 2016

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SESI PAGI dan PENUTUP IHYA RAMADAN 2016 telah selamat dijalankan dengan jayanya pada 30 Jun 2016 bersamaan 25 Ramadhan.  Tahniah kepada AJK MAKDIS dan semua guru dan pelajar yang terlibat.   

Jun 29

Program Mesra Bersama Ibu Bapa

Program Mesra Bersama Ibu Bapa telah diadakan pada 28 Jun2016 (Selasa) bagi perbincangan guru bersama ibubapa mengenai perkembangan anak-anak mereka di samping dapat meningkatkan prestasi para pelajar kelak.

Jun 29

Program Bubur Lambuk 4u dan pelancaran ringkas Nuzul Quran

Program Bubur Lambuk 4u telah dijalankan pada 23 Jun 2016 (Khamis) manakala pelancaran ringkas Nuzul Quran telah diadakan pada 24 Jun 2016 (Jumaat) anjuran Unit MAKDIS SEMARAK. Gambar di sepanjang program Bubur Lambuk Gambar di sepanjang program pelancaran ringkas Nuzul Quran  

Jun 24

Perasmian Surau Az-Zahidin

Majlis Perasmian Surau Az-Zahidin pada 7 syaaban 1437H / 14 Mei 2016 (Sabtu) telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tn. Hj. Zamri bin Hashim, PCM., AMP., Timbalan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan. Berikut adalah gambar-gambar di sekitar majlis berlangsung.

Jun 21

Majlis Aku Janji Sasaran SPM Tahun 2016

Majlis Aku Janji Sasaran SPM Tahun 2016 telah diadakan pada 20 Jun 2016 bertempat di Dewan Besar dan dirasmikan oleh Tn. Hj. Nor Azhar b. Ghazali (Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Perak).