↑ Return to Profil Sekolah

Visi dan Misi

VISI SEKOLAH

 

‘Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera’

 

 

MISI SEKOLAH

 

Kami bersama-sama melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara dengan cara:

  1. Memperkasakan  kepimpinan instruksional dan transformasional dalam kalangan pemimpin pendidikan sekolah.
  2. Melonjakkan kecemerlangan modal insan, akademik, sukan dan kokurikulum serta meningkatkan imej sekolah.
  3. Membudayakan ’headcount’ dan post-mortem’ dalam program pendidikan.
  4. Meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat dan tadbir urus perkhidmatan.
  5. Melaksanakan pemantauan dan penyeliaan secara bersepadu dan berfokus.

 

OBJEKTIF SEKOLAH

 

  1. Memantapkan dan memperkasakan pengurusan dan pentadbiran sekolah mengikut ciri-ciri “Pemimpin Instruksional dan Transformasional” yang cekap dan berkesan.
  2. Meningkatkan prestasi dalam bidang akademik dengan pencapaian 100% Band 4 dalam PBS, 100% lulus dalam PT3, 100% SPM dan 100% STPM dari segi kuantiti dan 3% dari segi kualiti.
  3. Penglibatan 100% pelajar dalam kokurikulum dan 2% mencapai peringkat negeri dan kebangsaan.
  4. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan berdaya saing.
  5. Meningkatkan tahap keselamatan dan prasarana sekolah ke tahap maksima.
  6. Memastikan penglibatan komuniti dalam aktiviti sekolah secara total.

 

SLOGAN :  ‘SEMARAK Ke Arah Kluster Kecemerlangan’

 

MOTTO SEKOLAH  :  ‘Gembleng Tenaga Jaya’

 

TAG LINE SEKOLAH:  ‘SEMARAK Excellent Top 4’

 

TAG LINE PENGETUA:  ‘PERANCANGAN, PELAKSANAAN, PEMANTAUAN, PELAPORAN (4P)’

 

PIAGAM PELANGGAN

 

  1. Melaksanakan Dasar Pendidikan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan pendidikan sepanjang hayat.
  2. Memberi peluang secukupnya kepada staf SEMARAK untuk membina kerjaya dan potensi diri yang lebih cemerlang.
  3. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk warga SEMARAK bagi melahirkan kecemerlangan akademik.
  4. Memastikan setiap pelajar tanpa mengira latar belakang sosial, agama dan bangsa untuk menerima pendidikan secara adil tanpa prejudis.
  5. Melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga terbilang dalam sahsiah dan kokurikulum supaya dapat bersaing dalam arus global.
  6. Memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan cekap, sistematik, kemaskini dan mesra pelanggan dalam tempoh 30 minit.
  7. Mewujudkan suasana sekolah selamat bagi meningkatkan kepercayaan komuniti terhadap sekolah.
  8. Menaiktaraf prasarana pendidikan seiring dengan perkembangan tekonologi pendidikan arus perdana negara.